Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Hargai usia emas anak 0-6 tahun

Perjalanan hidup anak kita dan kita sebagai ibu dan bapa adalah sekali je. Umur emas paling berharga mereka 0-6 tahun hanya dapat kita lalui sekali sahaja bersama mereka dan tiada ulangan. Maka berkorbanlah apapun yang kita rasa patut untuk memastikan hidup mereka sentiasa berharga

Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak

Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak? Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan.  Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya. Dan yang lebih mengejutkan, bercerita dapat membantu anak-anak dalam proses membaca. Bagaimana? Bercerita adalah satu metod memperkenalkan kosa kata (vocabulary). Minda separa sedar anak yang sangat aktif akan menyimpan vocab yang mereka dengari. Maka ini akan meningkatkan peratus literasi anak dan juga skil berbahasa mereka. Berikut adalah kebaikan bercerita kepada anak-anak: 1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak. 2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak

Kaedah fonik Bacalah Anakku memang berkesan.

Untuk ibu bapa yang nak anak cepat membaca! Boleh guna set buku Bacalah Anakku Anak-anak tidak perlu mengeja kaedah lama, hanya mengenal bunyi huruf dan gabung bunyinya sahaja. . - Disusun berdasarkan kaedah fonik - Pilihan bunyi yang sesuai - Penyusunan yang sistematik - Teks yang bermakna - Menggunakan dua warna - Disokong dengan kaedah mengajar yang  berkesan - Penglibatan penulis secara langsung Sangat disyorkan sebab saya pun dah praktik pada anak sendiri. Alhamdulillah pada umur  (Auni) 3 tahun & (Amal) 4 tahun anak saya dah boleh mula membaca. Berminat untuk order? SMS/WhatsApp ke 013-9710365

Tips Ajar Anak Kecil Membaca

Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Bila umur 6 tahun atau anak telah mahir membaca baru ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yang banyak digunakan dalam sesuatu ayat. Buat pengetahuan, kanak-2 mesti diajar satu persatu.  Pepatah ada menyatakan, ‘a good writer is also a good reader’ bermaksud ‘ penulis yang baik adalah juga seorang pembaca yang baik.’ Imam Syafie adalah seorang tokoh ulama’ contoh yang sangat dikagumi kerana ketokohannya dalam menulis dan bersyarah. Hanya dengan pembacaan yang baik, kita dapat merangsang anak-anak

Jom rangsang Otak Anak (Right Brain)

Enam tahun pertama dalam kehidupan adalah masa paling penting untuk perkembangan otak anak. Dengan mengetahui tahap-tahap perkembangannya, kita dapat memaksimalkan kecerdasannya

Bagaimana anak fonik mengeja

Bagaimanakah anak fonik mengeja? Anak fonik diajar mengeja secara lisan & bertulis(imlak/dictation). Di peringkat awal belajar membaca mereka akan mengeja begini secara lisan(oral spelling): Perkataan 'mata' , m(mm) a(aa), t(teh) a(aa), mata. Perkataan 'ani', a(aa), n(nn), i(ii), ani Perkataan 'kolam' k(keh) 0(0), l(ll) a(aa) m(mm), kolam. This is how we train them to spell. Tanpa membatang sukukata. Anak fonik mengeja dengan menyebut semua bunyi huruf dalam perkataan kemudian terus menyebut perkataan. Seterusnya anak fonik akan disuruh tulis perkataan yang dieja tadi. Guru/Ibubapa akan sebut perkatan untuk ditulis anak. Sekira anak slow, maka permudahkan. Kami cadang sebut sukukata demi sukukata untuk ditulis.  Di peringkat akhir belajar membaca, anak fonik akan diperkenalkan kepada nama huruf. Guru/ibubapa akan memberitahu "Ini bunyi a(aa). Bunyi a(aa) ada nama. Nama a(aa), a(ei)(& seterusnya dengan

Program bacaan FONIK yang bertahap dan sistematik??

Bacalah anaakku& ReadEasy adalah Program bacaan yang bertahap  dan  sistematik  , pendedahan pada anak sejak kecil adalah sangat baik kerana usia 0-5 tahun adalah 'golden age' bagi anak-anak. Masa ini adalah masa peka belajar mereka.Selain ajar mengaji dahulu yang utama,ajar membaca dengan bacalah anakku& readeasy akan menjadi mudah. Program bacaan ini bertahap& sistematik kerana mengikut keperluan, perkembangan serta usia anak. Mulakan dengan kenal bunyi huruf& seterusnya gabung bunyi. Dalam kaedah membaca,selain ajar mengeja ,aspek menulis juga perlu di tekankan,agar kedua-duanya seimbang. Bahkan mengajar menulis akan membantu anak membaca dengan lebih baik. Kaedah Fonik Gabung Bunyi adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak; mengikut  fitrah ,  logik  dan  tidak membebankan daya ingatan . 1) Langkah pertama: Kenal bunyi huruf 2)Langkah kedua:Gabung bunyi Set Bestari bagi pakej lengkap

Tip Mudah Untuk Mula Mengajar Anak Membaca

Mengajar anak kecil membaca memerlukan kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang berterusan. 1.  ILMU  bagaimana cara terbaik untuk mengajar anak kecil membaca. 2. Kesungguhan, kesabaran dan ketekunan yang berterusan .  Sebagai ibu bapa, kita memupuk dan mengajar anak kecil membaca awal kerana kita  SEDAR  akan hak anak kita untuk diajar membaca. Kita SEDAR kita adalah  orang pertama  yang diper TANGGUNGJAWA Bkan untuk mengajar anak tulis baca. 3. Dapatkan produk  dan bahan sampingan untuk mengajar membaca. 4. Buat  jadual bacaan  untuk anak.  5.  Laksanakan  dengan bacaan  Bismillah !

Ajar membaca dari bayi dengan Islamik Softbook

Membaca seawal usia masih bayi, bagus untuk membantu perkembangan sensori dan otak bayi.  Galakkan mereka memegang, menyelak halaman, menggigit buku, malah tidur dengan buku selepas membaca tidak merisaukan lagi. Baca dengan nada yang tinggi rendah, dengan bercerita dengan pelbagai gaya untuk membina imaginasi anak-anak yang sihat! Pupuk minat membaca sejak bayi lagi! Sesuai digunakan untuk dari bayi hingga anak berusia beberapa tahun.  Selain aktiviti membaca bersama anak-anak ,kelebihan buku kain/softbook ini boleh dibasuh dengan sabun yang lembut,menggunakan tangan,tahan lasak, boleh di gigit serta boleh di jadikan bantal. Aktiviti 4 anak ,Amaluddeen,Auni, Anas & Hanan dengan softbook sejak kecil. Berminat nak order Islamik Softbook..Kami ade 24 tajuk..Sesuai dari bayi hingga 7 tahun. Boleh rujuk link album di bawah..PM Kids Books Store atau whatsapp 0139710365  

Kamus Bergambar 3 Bahasa tahan lasak dan tidak mudah koyak

Kamus Bergambar 3 bahasa Sayangku Cepat Pandai Perkataan Pertama diterbitkan khusus untuk membantu mengembangkan minda kanak kanak mengenal objek dan menyebut perkataan dengan tepat. Sesuai untuk kanak kanak berusia 1 tahun dan ke atas Keistimewaan : Ada 3 Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Kulit Keras/Hard Cover setiap muka dalam. Tahan lasak dan tidak mudah koyak Ade 18 Muka termasuk kulit depan dan belakang Gambar yang menarik dan berwarna warni

Perkongsian Mengajar Anak Membaca

Perkongsian aktiviti pembelajaran di rumah @homeschooling. Saya Rosmaria,ibu kepada empat anak iaitu Amaluddeen 6 tahun,Auni 4 tahun ,Anas 2 tahun dan Hanan 4 bulan . Sebagai surirumah & berniaga online produk pendidikan anak-anak. Saya telah tanam azam sejak belum ade cahaya mata untuk ajar anak sendiri di rumah dengan kaedah fonik serta bahan-bahan pengajaran yang lain selepas lihat kejayaan kakak ipar & ibu- ibu yang hebat di luar sana. Untuk peringkat pertama dari bayi,saya dedahkan anak-anak dengan softbook atau buku kain dan flashcards. Pada usia dua tahun,saya mulakan mereka dengan aktiviti bermain puzzle serta aktiviti menulis menggunakan flashcards,papan tulis mini& buku aktiviti yang boleh tulis & padam menggunakan pen marker. Anak-anak lebih suka dan teruja menulis dengan pen marker berbanding pensil. Dalam masa yang sama sejak usia 1 tahun sehingga 5 tahun, saya gunakan kaedah fonik dari ReadNetwork untuk ajar bahasa melayu,al-quran serta bahasa ingge