Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Hargai usia emas anak 0-6 tahun

Perjalanan hidup anak kita dan kita sebagai ibu dan bapa adalah sekali je. Umur emas paling berharga mereka 0-6 tahun hanya dapat kita lalui sekali sahaja bersama mereka dan tiada ulangan. Maka berkorbanlah apapun yang kita rasa patut untuk memastikan hidup mereka sentiasa berharga

Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak

Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak? Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan.  Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya. Dan yang lebih mengejutkan, bercerita dapat membantu anak-anak dalam proses membaca. Bagaimana? Bercerita adalah satu metod memperkenalkan kosa kata (vocabulary). Minda separa sedar anak yang sangat aktif akan menyimpan vocab yang mereka dengari. Maka ini akan meningkatkan peratus literasi anak dan juga skil berbahasa mereka. Berikut adalah kebaikan bercerita kepada anak-anak: 1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak. 2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak

Kaedah fonik Bacalah Anakku memang berkesan.

Untuk ibu bapa yang nak anak cepat membaca! Boleh guna set buku Bacalah Anakku Anak-anak tidak perlu mengeja kaedah lama, hanya mengenal bunyi huruf dan gabung bunyinya sahaja. . - Disusun berdasarkan kaedah fonik - Pilihan bunyi yang sesuai - Penyusunan yang sistematik - Teks yang bermakna - Menggunakan dua warna - Disokong dengan kaedah mengajar yang  berkesan - Penglibatan penulis secara langsung Sangat disyorkan sebab saya pun dah praktik pada anak sendiri. Alhamdulillah pada umur  (Auni) 3 tahun & (Amal) 4 tahun anak saya dah boleh mula membaca. Berminat untuk order? SMS/WhatsApp ke 013-9710365

Tips Ajar Anak Kecil Membaca

Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Bila umur 6 tahun atau anak telah mahir membaca baru ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yang banyak digunakan dalam sesuatu ayat. Buat pengetahuan, kanak-2 mesti diajar satu persatu.  Pepatah ada menyatakan, ‘a good writer is also a good reader’ bermaksud ‘ penulis yang baik adalah juga seorang pembaca yang baik.’ Imam Syafie adalah seorang tokoh ulama’ contoh yang sangat dikagumi kerana ketokohannya dalam menulis dan bersyarah. Hanya dengan pembacaan yang baik, kita dapat merangsang anak-anak