Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Tips ajar anak cepat membaca untuk di rumah

Formula pertama:
  Sediakan suasana pembelajaran yang selesa di tempat belajar. Maksud saya kemas dan bersih. Yang utamanya, Jangan ada sebarang permainan di kawasan tersebut.

Formula kedua:
Tengok mood anak2Pastikan dia tenang dan boleh beri tumpuan. Pastikan dia telah makan dan tidur. Agar dia boleh beri tumpuan sewajarnya waktu kita hendak kenalkan huruf.

Formula ketiga:
Jangan lebih dari 5 minit untuk mengajarnya kerana kanak2 , jenis kinestatik dan cepat bosan. Lepas beberapa minit ajar lagi dia.


Formula ke4: 
Satu bunyi (kita guna phoinic) untuk satu hari. Contoh b. So hari tu just cerita pasal b je.... Ini semua untuk dia lebih kenal b n bunyinye. If kat tadika saya b tu diajar selama seminggu dengan pelbagai method.

Formula ke 5:
Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Di tadika saya bila umur 6 tahun baru saya ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yabg banyak digunakan dalam sesuatu ayat. Bu…

5 Perkara Jangan Apabila Mengajar Anak Membaca Kaedah Fonetik

JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal. Dan apabila mengajar, banyakkan bersabar, sebab ia bukan mudah, tetapi andai berjaya, i…

Tips Ajar Ajar anak kecil Membaca 0-3 tahun

Secara ringkas untuk anak di bawah 3 thn memadai ajar bunyi-huruf melalui lagi fonik. Abu ada ayam utk BM, cory cat utk BI.
Bila dah 3-4 thn, atau bila anak dah bersedia utk bljr mbaca secara lebih 'formal', ajar ikut susunan buku bacalah anakku /readeasy...
Tips dari Pn.Nik Eliani

Langkah Ajar guna Kaedah Fonik

1.Ajar bunyi huruf/"Speech Sounds "melalui lagu & kad imbas2.Kenalkan simbol /bentuk bunyi huruf3.Asas gabung bunyi(konsep kawankan dua kad imbas@2 bunyi huruf)4.Gabung bunyi/"Blending Sounds"

SISTEM BUNYI (FONOLOGI) /FONIK

Asas dalam Fonik..WAJIB TAHU.
Fonologi adalah ilmu yang membahas tentang bunyi
Dua unsur tata bunyi :
1. Fonemik (Fonem) : Yang membahas tentang bunyi-bunyi ujaran yang berfungsi sebagai pembeda makna.
2. Fonetik/FONIK :Yang membahas bagaimana bunyi-bunyi ujaran itu dihasilkan oleh alat ucap manusia.
Ini ASAS penting menggunakan Kaedah Fonik.
1.Bunyi Huruf
2.Gabung Bunyi
Antara kegagalan ibubapa&guru bila ajar kaedah Fonik,tapi Tak tahu Bunyi huruf /Speech Sounds yang betul atau tak Kenalkan BUNYI HURUF/SPEECH SOUNDS pada peringkat permulaan mengajar anak/murid untuk membaca.
Bunyi huruf /Speech Sounds ini sesuai di ajar sejak anak BAYI kerana sebutan asas bayi mula bercakap& perkenalkan pada anak yang baru hendak di ajar membaca secara kaedah Fonik.
Terus perkenalkan bunyi huruf/Speech sounds.Tidak perlu ajar ABC -Z yang biasa pada peringkat permulaan….
Semoga Bermanfaat untuk semua.

Bunyi HURUF dalam Bahasa Melayu.

Terdapat 26 bunyi penting dalam bahasa Melayu yang perlu anak tahu untuk membaca.
Bagi yang nak tahu lebih lanjut,sila ikuti seminar/kursus dari pengasas kaedah iaitu Puan Nik Eliani& En. Othman yang di jalankan sepanjang tahun di lokasi-lokasi yang di jadualkan.

Bunyi HURUF/ SPEECH dalam Bahasa Inggeris.

Ada 44 bunyi huruf dalam bahasa Inggeris.Bagi yang nak tahu lebih lanjut,sila ikuti seminar/kursus dari pengasas kaedah iaitu Puan Nik Eliani& En. Othman yang di jalankan sepanjang tahun di lokasi-lokasi yang di jadualkan.

MENGAJAR GABUNG BUNYI

Setelah mengajar  bunyi huruf melalui lagu abu ada ayam& kad imbas ,langkah seterusnya adalah mengajar GABUNG BUNYI.Mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa, perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil.Contoh perkataan ‘mata’. Terdapat 4 bunyi bila kita menggabungkan setiap bunyi./m//a/+ /t//a/  jadi   /mata/Sebelum mengajar menggunakan buku set bacalah anakku/poster ,saya selalu guna kaedah gabungan secara lisan ( Oral Blending ) pada anak-anak.Bunyi huruf /a i u n b /Sebut /n/ ……. /a/ , n/ ….. /a/ , n/ … /a/ … jadi /na/
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat)Ulang beberapa kali hingga anak mahir@peka cara gabung bunyi tersebut kemudian tukar kepada gabung bunyi yang lain seperti /m/../a/  jadi / ma/,/p/../a/ jadi /pa / dan seterusnya.Tips ini di ajar semasa kursus intensif bacalah anakku&read easy oleh Puan Nik Eliani& En.Othman yang saya ikuti pada Disember 2013.Setelah itu boleh guna gabungan kad imbas yang disertaka…

Membaca dengan Menggabung Bunyi

Follow video Puan Nik Eliani ni untuk asas GABUNG BUNYI..IAITU elemen kedua penting selepas ajar anak BUNYI HURUF . Konsep kad bergerak@"kawan" Asas untuk ajar anak,gabung bunyi huruf .. Supaya anak phm konsep gabung bunyi...dengan kad bunyi huruf yang di gerakkan. b....a ba
b...i. bi
b..u bu Jangan terus ajar ba bi bu Klu ajar terus sukukata ba bi bu tanpa ajar konsep bunyi huruf di gabung,anak-anak selalunya akan jadi menghafal sukukata tersebut.. Boleh banyakkan praktis secara lisan juga dimana-mana sahaja supaya anak mahir konsep gabung bunyi..Tak perlu nak ajar terlalu terikat dengan buku shj.. guna konsep "LEARN & FUN". Jika anak tidak di ajar asas ini,biasanya masalah timbul bila ajar buku 6..anak akan confuse nak gabung 3 bunyi huruf. ma...n man https://youtu.be/jnaLai_AwMs
Ini katakan imbas kecil dalam Set bacalah anakku saya gunakan semasa mengajar anak sulung, Amaluddeen dan Auni membaca. 

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak. Berikut adalah kelebihan kaedah fonik:1. Mengikut TabiiSebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.2.  MudahDengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 buny…

Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary).






Kursus fonik sepanjang 2015 dan 2016 yang di anjurkan oleh Teratak Mukmin di Kuantan. 

Perkataan terbina daripada bunyi Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut. Bunyi boleh dikaitkan dengan simbol ( huruf )             Bunyi-bunyi ini boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi menggambarkan b…