Skip to main content

Perkongsian Mengajar Anak Membaca

Perkongsian aktiviti pembelajaran di rumah @homeschooling. Saya Rosmaria,ibu kepada empat anak iaitu Amaluddeen 6 tahun,Auni 4 tahun ,Anas 2 tahun dan Hanan 4 bulan. Sebagai surirumah & berniaga online produk pendidikan anak-anak.

Saya telah tanam azam sejak belum ade cahaya mata untuk ajar anak sendiri di rumah dengan kaedah fonik serta bahan-bahan pengajaran yang lain selepas lihat kejayaan kakak ipar & ibu- ibu yang hebat di luar sana. Untuk peringkat pertama dari bayi,saya dedahkan anak-anak dengan softbook atau buku kain dan flashcards.

Pada usia dua tahun,saya mulakan mereka dengan aktiviti bermain puzzle serta aktiviti menulis menggunakan flashcards,papan tulis mini& buku aktiviti yang boleh tulis & padam menggunakan pen marker.
Anak-anak lebih suka dan teruja menulis dengan pen marker berbanding pensil. Dalam masa yang sama sejak usia 1 tahun sehingga 5 tahun, saya gunakan kaedah fonik dari ReadNetwork untuk ajar bahasa melayu,al-quran serta bahasa inggeris dari set bacalah anakku,al-furqan serta read easy. 

Mulakan dengan lagu fonik,flashcards,set buku,poster& buku latihan. Saya percaya didikan yg pertama dan utama adalah dari rumah.Jom saling memotivasikan diri kita untuk jadi ibu-ibu yang terbaik untuk anak-anak.Walaupun perkembangan setiap anak-anak adalah berbeza,tapi mereka seharusnya di beri peluang unuk belajar dan meneroka dunia di sekitar mereka.


Umur dari bayi hingga 6 tahun adalah ” golden age” yang patut di gunakan untuk mengajar mereka. Saya sentiase berpegang kepada falsafah “learning is a lifelong process.No shortcut”. ~ Sharing is Caring ~ with love Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. Saya juga budak baru belajar, seandainya ada kesilapan, tolonglah betulkan. 
Terima kasih atas sokongan anda semua. Dan tidak lupa juga, Semoga Berjaya!! – 
Rosmaria Mohamed Mokhtar- Boleh komen/pm/ whatsapp/ telegram 013-9710365 untuk sharing info,pengalaman& kaedah yang di gunakan
ArtikelRosmaria
ArtikelRosmaria2
ArtikelRosmaria3

ArtikelRosmaria4

Comments