Skip to main content

Posts

Tips ajar anak cepat membaca untuk di rumah

Formula pertama:   Sediakan suasana pembelajaran yang selesa di tempat belajar. Maksud saya kemas dan bersih. Yang utamanya, Jangan ada sebarang permainan di kawasan tersebut. Formula kedua: Tengok mood anak2Pastikan dia tenang dan boleh beri tumpuan. Pastikan dia telah makan dan tidur. Agar dia boleh beri tumpuan sewajarnya waktu kita hendak kenalkan huruf. Formula ketiga: Jangan lebih dari 5 minit untuk mengajarnya kerana kanak2 , jenis kinestatik dan cepat bosan. Lepas beberapa minit ajar lagi dia. Formula ke4:  Satu bunyi (kita guna phoinic) untuk satu hari. Contoh b. So hari tu just cerita pasal b je.... Ini semua untuk dia lebih kenal b n bunyinye. If kat tadika saya b tu diajar selama seminggu dengan pelbagai method. Formula ke 5: Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Di tadika saya bila umur 6 tahun baru saya ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yabg banyak digunaka
Recent posts

5 Perkara Jangan Apabila Mengajar Anak Membaca Kaedah Fonetik

JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal. Dan apabila mengajar, banyakkan bersabar, sebab ia bukan mudah, tetap

Tips Ajar Ajar anak kecil Membaca 0-3 tahun

Secara ringkas untuk anak di bawah 3 thn memadai ajar bunyi-huruf melalui lagi fonik. Abu ada ayam utk BM, cory cat utk BI. Bila dah 3-4 thn, atau bila anak dah bersedia utk bljr mbaca secara lebih 'formal', ajar ikut susunan buku bacalah anakku /readeasy... Tips dari Pn.Nik Eliani

Langkah Ajar guna Kaedah Fonik

1.Ajar bunyi huruf/"Speech Sounds "melalui lagu & kad imbas 2.Kenalkan simbol /bentuk bunyi huruf 3.Asas gabung bunyi(konsep kawankan dua kad imbas@2 bunyi huruf) 4.Gabung bunyi/"Blending Sounds"

SISTEM BUNYI (FONOLOGI) /FONIK

Asas dalam Fonik..WAJIB TAHU. Fonologi adalah ilmu yang membahas tentang bunyi Dua unsur tata bunyi : 1. Fonemik (Fonem) : Yang membahas tentang bunyi-bunyi ujaran yang berfungsi sebagai pembeda makna. 2. Fonetik/FONIK :Yang membahas bagaimana bunyi-bunyi ujaran itu dihasilkan oleh alat ucap manusia. Ini ASAS penting menggunakan Kaedah Fonik. 1.Bunyi Huruf 2.Gabung Bunyi Antara kegagalan ibubapa&guru bila ajar kaedah Fonik,tapi Tak tahu Bunyi huruf /Speech Sounds yang betul atau tak Kenalkan BUNYI HURUF/SPEECH SOUNDS pada peringkat permulaan mengajar anak/murid untuk membaca. Bunyi huruf /Speech Sounds ini sesuai di ajar sejak anak BAYI kerana sebutan asas bayi mula bercakap& perkenalkan pada anak yang baru hendak di ajar membaca secara kaedah Fonik. Terus perkenalkan bunyi huruf/Speech sounds.Tidak perlu ajar ABC -Z yang biasa pada peringkat permulaan…. Semoga Bermanfaat untuk semua.

Bunyi HURUF dalam Bahasa Melayu.

Terdapat 26 bunyi penting dalam bahasa Melayu yang perlu anak tahu untuk membaca. Bagi yang nak tahu lebih lanjut,sila ikuti seminar/kursus dari pengasas kaedah iaitu Puan Nik Eliani& En. Othman yang di jalankan sepanjang tahun di lokasi-lokasi yang di jadualkan.

Bunyi HURUF/ SPEECH dalam Bahasa Inggeris.

Ada 44 bunyi huruf dalam bahasa In ggeris. Bagi yang nak tahu lebih lanjut,sila ikuti seminar/kursus dari pengasas kaedah iaitu Puan Nik Eliani& En. Othman yang di jalankan sepanjang tahun di lokasi-lokasi yang di jadualkan.