Skip to main content

MENGAJAR GABUNG BUNYI


Setelah mengajar  bunyi huruf melalui lagu abu ada ayam& kad imbas ,langkah seterusnya adalah mengajar GABUNG BUNYI.

Mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa, perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil.

Contoh perkataan ‘mata’. Terdapat 4 bunyi bila kita menggabungkan setiap bunyi.

/m//a/+ /t//a/  jadi   /mata/

Sebelum mengajar menggunakan buku set bacalah anakku/poster ,saya selalu guna kaedah gabungan secara lisan ( Oral Blending ) pada anak-anak.

Bunyi huruf /a i u n b /

Sebut /n/ ……. /a/ , n/ ….. /a/ , n/ … /a/ … jadi /na/
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat)

Ulang beberapa kali hingga anak mahir@peka cara gabung bunyi tersebut kemudian tukar kepada gabung bunyi yang lain seperti /m/../a/  jadi / ma/,/p/../a/ jadi /pa / dan seterusnya.

Tips ini di ajar semasa kursus intensif bacalah anakku&read easy oleh Puan Nik Eliani& En.Othman yang saya ikuti pada Disember 2013.

Setelah itu boleh guna gabungan kad imbas yang disertakan di dalam set buku bacalah anakku.

1. Sebut bunyi sambil menggerakkan kad huruf konsonan ( kanan ) dan kad huruf vokal ( kiri ) bagi membina gabungan 2 bunyi huruf.
/n/ … /a/ , /n/ … /a/ , / na /

2. Ulangi langkah sambil  menyebut sehingga anak mahir seperti gabung bunyi secara lisan tadi.Cuma kali ini anak dapat lihat pergerakan kad imbas& kad imbas di bentuk menjadi suku kata.

Sama kaedah bagi bacalah anakku & read easy..Anak yang menguasai BUNYI HURUF/SPEECH SOUNDS..akan lebih mudah di ajar GABUNG BUNYI/BLENDING SOUNDS.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak

Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak? Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan.  Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya. Dan yang lebih mengejutkan, bercerita dapat membantu anak-anak dalam proses membaca. Bagaimana? Bercerita adalah satu metod memperkenalkan kosa kata (vocabulary). Minda separa sedar anak yang sangat aktif akan menyimpan vocab yang mereka dengari. Maka ini akan meningkatkan peratus literasi anak dan juga skil berbahasa mereka. Berikut adalah kebaikan bercerita kepada anak-anak: 1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak. 2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak. Berikut adalah kelebihan kaedah fonik: 1. Mengikut Tabii Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z. 2.  Mudah Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat

Bagaimana anak fonik mengeja

Bagaimanakah anak fonik mengeja? Anak fonik diajar mengeja secara lisan & bertulis(imlak/dictation). Di peringkat awal belajar membaca mereka akan mengeja begini secara lisan(oral spelling): Perkataan 'mata' , m(mm) a(aa), t(teh) a(aa), mata. Perkataan 'ani', a(aa), n(nn), i(ii), ani Perkataan 'kolam' k(keh) 0(0), l(ll) a(aa) m(mm), kolam. This is how we train them to spell. Tanpa membatang sukukata. Anak fonik mengeja dengan menyebut semua bunyi huruf dalam perkataan kemudian terus menyebut perkataan. Seterusnya anak fonik akan disuruh tulis perkataan yang dieja tadi. Guru/Ibubapa akan sebut perkatan untuk ditulis anak. Sekira anak slow, maka permudahkan. Kami cadang sebut sukukata demi sukukata untuk ditulis.  Di peringkat akhir belajar membaca, anak fonik akan diperkenalkan kepada nama huruf. Guru/ibubapa akan memberitahu "Ini bunyi a(aa). Bunyi a(aa) ada nama. Nama a(aa), a(ei)(& seterusnya dengan