Skip to main content

Membaca dengan Menggabung Bunyi

Follow video Puan Nik Eliani ni untuk asas GABUNG BUNYI..IAITU elemen kedua penting selepas ajar anak BUNYI HURUF .
Konsep kad bergerak@"kawan"
Asas untuk ajar anak,gabung bunyi huruf ..
Supaya anak phm konsep gabung bunyi...dengan kad bunyi huruf yang di gerakkan.
b....a ba
b...i. bi
b..u bu
Jangan terus ajar ba bi bu
Klu ajar terus sukukata ba bi bu tanpa ajar konsep bunyi huruf di gabung,anak-anak selalunya akan jadi menghafal sukukata tersebut..
Boleh banyakkan praktis secara lisan juga dimana-mana sahaja supaya anak mahir konsep gabung bunyi..Tak perlu nak ajar terlalu terikat dengan buku shj.. guna konsep "LEARN & FUN".
Jika anak tidak di ajar asas ini,biasanya masalah timbul bila ajar buku 6..anak akan confuse nak gabung 3 bunyi huruf.
ma...n man
https://youtu.be/jnaLai_AwMs

Ini katakan imbas kecil dalam Set bacalah anakku saya gunakan semasa mengajar anak sulung, Amaluddeen dan Auni membaca. 

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak

Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak? Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan.  Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya. Dan yang lebih mengejutkan, bercerita dapat membantu anak-anak dalam proses membaca. Bagaimana? Bercerita adalah satu metod memperkenalkan kosa kata (vocabulary). Minda separa sedar anak yang sangat aktif akan menyimpan vocab yang mereka dengari. Maka ini akan meningkatkan peratus literasi anak dan juga skil berbahasa mereka. Berikut adalah kebaikan bercerita kepada anak-anak: 1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak. 2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak. Berikut adalah kelebihan kaedah fonik: 1. Mengikut Tabii Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z. 2.  Mudah Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat

Bagaimana anak fonik mengeja

Bagaimanakah anak fonik mengeja? Anak fonik diajar mengeja secara lisan & bertulis(imlak/dictation). Di peringkat awal belajar membaca mereka akan mengeja begini secara lisan(oral spelling): Perkataan 'mata' , m(mm) a(aa), t(teh) a(aa), mata. Perkataan 'ani', a(aa), n(nn), i(ii), ani Perkataan 'kolam' k(keh) 0(0), l(ll) a(aa) m(mm), kolam. This is how we train them to spell. Tanpa membatang sukukata. Anak fonik mengeja dengan menyebut semua bunyi huruf dalam perkataan kemudian terus menyebut perkataan. Seterusnya anak fonik akan disuruh tulis perkataan yang dieja tadi. Guru/Ibubapa akan sebut perkatan untuk ditulis anak. Sekira anak slow, maka permudahkan. Kami cadang sebut sukukata demi sukukata untuk ditulis.  Di peringkat akhir belajar membaca, anak fonik akan diperkenalkan kepada nama huruf. Guru/ibubapa akan memberitahu "Ini bunyi a(aa). Bunyi a(aa) ada nama. Nama a(aa), a(ei)(& seterusnya dengan