Skip to main content

Tentang Kids Books Store






Assalamualaikum..

Idea homeschooling dalam keluarga saya bermula pada tahun 2009 sejak  kelahiran  anak sulung, Muhammad Amaluddeen. Saya mulai tertarik melihat beberapa sahabat& saudara terdekat yang berjaya ajar anak membaca Al-Quran, membaca bahasa melayu,bahasa inggeris,matematik serta aktiviti pendidikan yang bermanfaat di rumah. Pada tahun 2008, iaitu tahun pertama perkahwinan & ketika masih belum ade cahaya mata, saya telah mulai melihat-lihat produk pendidikan yang sesuai untuk saya ajar anak-anak saya nanti.

1. Kenapa memilih homeschooling ???
Kerana bagi saya, mengajar anak itu adalah hak bukan kewajiban, ia adalah tugas ibu dan ayah dalam setiap keluarga di samping tugas hakiki kita seharian seperti uruskan rumahtangga, berbisnes& bekerjaya.

Istilah homeschooling pada saya tidak lah bermaksud tidak perlu hantar ke sekolah..tapi pendidikan yang pertama adalah bermula dari rumah sejak anak bayi lagi.


InshaAllah saya kongsikan gambar produk-produk yg saya gunakan untuk ajar anak-anak. Boleh beli terus dari kedai-kedai buku atau page Kids Books Store. Semoga kite dapat berkongsi&bertukar idea dlm mendidik anak-anak

" I use, I share & I sell"

Kids Books Store (Beroperasi secara online sejak tahun 2011)
-Bacalah Anakku,read easy,al furqan& produk dari readnetwork
-Islamik Softbook
-Flashacards
-Buku-buku cerita kanak-kanak islamik
-Buku,whiteboard,flashcards tulis& padam
-Poster abc,no& alif ba ta
-Wooden puzzle
-Educational toys
-Buku Parenting
 dlm mendidik anak-anak di rumah.

PM Rosmaria Mokhtar / Kids Books Store@whatsapp/sms 013-9710365

Kids Books Store



Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak

Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak? Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan.  Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya. Dan yang lebih mengejutkan, bercerita dapat membantu anak-anak dalam proses membaca. Bagaimana? Bercerita adalah satu metod memperkenalkan kosa kata (vocabulary). Minda separa sedar anak yang sangat aktif akan menyimpan vocab yang mereka dengari. Maka ini akan meningkatkan peratus literasi anak dan juga skil berbahasa mereka. Berikut adalah kebaikan bercerita kepada anak-anak: 1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak. 2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-...

Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary). Kursus fonik sepanjang 2015 dan 2016 yang di anjurkan oleh Teratak Mukmin di Kuantan.  Perkataan terbina daripada bunyi Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut. Bunyi boleh dikaitkan dengan simbol ( huruf )             Buny...

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak. Berikut adalah kelebihan kaedah fonik: 1. Mengikut Tabii Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z. 2.  Mudah Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terd...