Skip to main content

Program bacaan FONIK yang bertahap dan sistematik??

Bacalah anaakku& ReadEasy adalah Program bacaan yang bertahap dan sistematik , pendedahan pada anak sejak kecil adalah sangat baik kerana usia 0-5 tahun adalah 'golden age' bagi anak-anak. Masa ini adalah masa peka belajar mereka.Selain ajar mengaji dahulu yang utama,ajar membaca dengan bacalah anakku& readeasy akan menjadi mudah.

Program bacaan ini bertahap& sistematik kerana mengikut keperluan, perkembangan serta usia anak.

Mulakan dengan kenal bunyi huruf& seterusnya gabung bunyi. Dalam kaedah membaca,selain ajar mengeja ,aspek menulis juga perlu di tekankan,agar kedua-duanya seimbang.Bahkan mengajar menulis akan membantu anak membaca dengan lebih baik.

Kaedah Fonik Gabung Bunyi adalah kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak;
mengikut fitrahlogik dan tidak membebankan daya ingatan.




1) Langkah pertama: Kenal bunyi huruf







2)Langkah kedua:Gabung bunyi







Set Bestari bagi pakej lengkap dengan buku aktiviti&beberapa item yang lain.




Beberapa tips untuk guna kaedah ini:

1)Ajar kenal bunyi huruf (ikut lagu abu ada ayam) bukan ajar huruf abc-z.
2) Ajar bm dahulu,jika anak dah baca buku 6-8 atau pandai membaca baru ajar bi.Kerana fonem/bunyi huruf bm lebih sedikit berbanding bi..Tapi jika ibu-ibu nak ajar bi dahulu terpulang.Tips ini diberi oleh pengasas kaedah bacalah anakku&read easy sendiri..Memang berkesan,kerana sebelum itu,saya pun memang tak tahu nak ajar anak yang mana dahulu.
3)Disamping ajar membaca,galakkan anak menulis.Dengan menulis banyak membantu dalam melancarkan bacaan.
4)Pelbagaikan kaedah mengajar dengan mengajar membaca&menulis dengan menggunakan whiteboard, melukis, mewarna, buat latihan pada buku aktiviti,kratf&mengeja secara lisan semasa anak bermain atau dalam kereta.

Ini antara aktiviti anak sulung saya membaca&menulis.Alhamdulillah dia boleh membaca pada usia 5 tahun.









Anak kedua sekarang 4 tahun.








Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak

Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak? Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan.  Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya. Dan yang lebih mengejutkan, bercerita dapat membantu anak-anak dalam proses membaca. Bagaimana? Bercerita adalah satu metod memperkenalkan kosa kata (vocabulary). Minda separa sedar anak yang sangat aktif akan menyimpan vocab yang mereka dengari. Maka ini akan meningkatkan peratus literasi anak dan juga skil berbahasa mereka. Berikut adalah kebaikan bercerita kepada anak-anak: 1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak. 2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-...

Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary). Kursus fonik sepanjang 2015 dan 2016 yang di anjurkan oleh Teratak Mukmin di Kuantan.  Perkataan terbina daripada bunyi Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut. Bunyi boleh dikaitkan dengan simbol ( huruf )             Buny...

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak. Berikut adalah kelebihan kaedah fonik: 1. Mengikut Tabii Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z. 2.  Mudah Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terd...